Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). NamunTengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alas an mereka saling memerlukan.
Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain
yang boleh dijadikan isteri melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan
keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih
lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril.
Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku
Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel,
bekas kekasihnya.Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar sementara Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

No comments:
Post a Comment